Saturday, 5 October 2013

RESEPI KEK COKLAT KUKUSLAPIS CHEESE

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :
2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :
250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum

Cara-cara 
  1. Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..
  2. UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.
  3. UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.
  4. UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
  5. Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.....
UNTUK TOPPING :
Coklat masakan + susu cair + butter ckit. Masak atas api kecik hgga sebati. Biar agak sejuk baru tuang atas kek..


Bleh gak guna resepi ni..
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat manis
1-2 sudu teh serbuk nescafe 3 in 1
1/4 cwn minyak
1/4 cwn susu cair
- masukkn semua skali dlm periuk & masak atas api perlahan hgga sebati...

RESEPI OREO CHEESE CAKE


Bahan-bahan :
                   
1) 2 bungkus biskut Oreo ( nak banyak lagi pun boleh )
2) 250 cream cheese
3) 200 ml whipping cream
4) 1/4 butter cup
5) 1/2 cawan gula halus ( ikut citarasa )


Cara-cara

1) Asingkan cream yang ada pada biskut. Cream letak dalam mangkuk lain, biskut letak dalam mangkuk lain. 1 bungkus digunakan dan hancurkan biskut tersebut. Aku guna lesung sahaja untuk hancurkan. Pastikan bukan lesung yang korang duk tumbuk cili apa semua ya. Nanti berbau! Biskut yang hancur digunakan untuk dijadikan base.
- asingkan biskut dan cream –- pastikan hancur –
2) 1/4 butter cup atau nak kurangkan pun boleh. Boilingkan butter cup itu. Kalau istilah aku, ambil periuk, isi air sikit. Pastikan air dah panas. Masukkan mangkuk yang ada butter cup dan kacau hingga cair. Pastikan guna mangkuk yang tahan api tu. Apa entah namanya. 


3) Butter cup yang dah cair tadi gaulkan dengan biskut yang sudah dihancurkan. Kacau hingga sebati dan buat base. Masuk terus dalam bekas. Guna bekas kecil pun ok sangat.
    - butter digaul sebati dengan biskut hancur -
4) Masukkan dalam bekas dan ratakan. Kemudian sejukkan dalam peti ais bahagian beku untuk keraskan. - ratakan campuran tadi sebagai base -
5) Sementara tunggu base keras, masukkan cream cheese, whipping cream, cream biskut oreo dan gula halus. Sebatikan guna handmixer. Nak guna spatula pun boleh tapi nak cepat guna hand mixer macam aku.  Gula halus ikut selerea ya. Sebaiknya jangan manis. Rasa sikit sebelum letak okay. - gaulkan hingga sebati -
6) Hancurkan satu bungkus lagi biskut oreo. Nak patahkan sahaja pun takde masalah. Gaulkan sekali dalam adunan tadi. Nak bagi rasa lagi oreo namanya. Hihihi.
7) Keluakan base yang sudah dikeraskan tadi. Dan masukkan adunan ke dalam bekas tersebut { atas base itu }.- contoh letak adunan atas base dah keras -
8) Dah siap letakkan, masukkan terus dalam bahagian sejuk beku. Dah sejuk baru makan. 



                                                                                                                                      

Monday, 12 November 2012

wedding of my cousin

                                                                   akad nikah
                                                                          Kak Iena
                                                               posing2
                                                          bersanding

Thursday, 12 July 2012

emm..bestnyer makan jemput 'malah' nie ptg2..hohho..
thanks to my sis coz menggorengnya :)
 hehe..'ketupat sotong' nie lak menu mnum ptg smlam..ohsem! hohho

Monday, 9 July 2012

HOLIDAY IN KEDAH!

baru sempat nak upload gambar2 time holiday hari tu..
sangat2 best coz dpt pergi ke ladang anggur n kolam air panas..ohsem!
ehem2..bia lh gmbr dbwah nie mncritakan btapa happy nyer prasaan aq..hohho!
my siblings

iqliema
buah anggur yg fresh!

kolam i panas

tasik beris